Monday, September 28, 2009

Pulang dari raya

Selamat kembali semua! Dan Salam Lebaran!
Apa khabarnya rakan-rakan semua?Raya ok?Dah start keja...ke malas?hehe...



Aku baru kelmarin tiba di rumah bukit mahkota...pulang dari kluang, Johor. Kusangkakan raya kali ni sangat meriah..tapi hujan di siang hari menjelma. Dua hari sebelum raya aku, suami dan Ziqa pulang ke Bukit Kapar. Tapi pada hari yang sama tu jugak Ziqa demam tiba-tiba. Tak apalah...mungkin raya kang dah kebah...



Alahai sangkaanku meleset..Awalnya memanglah kebah, tepat lewat petang raya pertama panas badan Ziqa kembali lagi, siap timbul merah-merah satu badan. Compang-camping anak aku,huhu...Nak kena campak rupanya, kesian dia satu badan tak selesa. Sudahnya raya di kampungku tak seberapa kerna aku dan suami hanya bertandang di rumah parent, makan kuih raya sendiri sambil menjaga Ziqa. Yelah...nak dibawa beraya tak boleh kan.

Hari raya ke-4 kami bertolak ke kampung suami pula di Felda Kahang Timur, Kluang. Alhamdulillah demam Ziqa dah reda. Tiba di sana semua dah sampai, Uda jek takde. Malam first di sana kami buat BBQ, syoklah ayam Black pepper Angah. Tahun depan buat lagi yek. Raya ke-6 pula kami semua pergi beraya rumah adik-beradik ibu mertuaku. Dapatlah juga merapatkan ukhwah...sekali-sekala jumpa, perkahwinan aku dan suami pun baru setahun jagung,saudara-mara belum semua ku kenal,rasa sedih pun ada jugak tak dapat kenal rapat lagi dengan sauda suami, lagi terkilan tak sempat jumpa Tok belah ibu mertuaku. Dengar berita dia jatuh di bilik air...kudoakan moga sihat walafiat hendaknya.

Sebagai penutup, kuselitkan foto-foto sepanjang raya.

p/s: Nah k.nor tengokla gambo2 nih,pa'a da letak,hehe...




Puteri kesayanganku

Keluargaku

Atuk nenek bersama anak buah kesayangan

Saudara-maraku datang beraya


Suamiku tegar membersihkan Tiram

Along, Angah dan Andak tekun memanggang



Atuk dan cucu-cucunya
Bersama rakan-rakan lama suamiku di kenduri kawen rakannya

Tuesday, September 15, 2009

Selamat Hari Raya Buat Semua!


Sempena Hari Raya yang bakal menjelang tiba, kutitipkan secebis ucapan buat rakan dan keluarga semua.






Ramadhan penuh dugaan, manusia sering alpa hanya perdengar rungutan, begitulah rentak insan, perlu rakan memberi ingatan.


Terfikir ketupat lemang, sambal kacang buatan ibu turut terbayang, jangan hanya ingin puasa tapi tak sembahyang, tunaikan sentiasa sebelum nyawa melayang.


Si bapa kerja extra prepare duit raya, si ibu menghias rumah menyambut tamu tiba, menunaikan zakat perlu dijaga, moga berkat kita sekeluarga.

Hampir sebulan berpuasa, Ramadhan bakal berlalu, Syawal pula bakal menjelma, Andai ada tersalah kata, Atau terkasar laku, Ampunkanlah diriku seadanya.

Kita semua seperti keluarga, saudara serumpun juga seagama, moga anda selamat pulang ke desa, sampaikan salam pada keluarga.

Selamat Hari Raya ucapan dariku, Maaf zahir batin pinta wajibku, Moga persabatan kita tidakkan berlalu, Kekal di ingatan rindu selalu.








Ikhlas dariku, suamiku dan anakku...dengan ucapan...


SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI



Create your own banner at mybannermaker.com!


MAAF ZAHIR DAN BATIN

Monday, September 14, 2009

Resepi Kuih Raya

Semalam aku surf webs...nak csari resepi yang agak menarik tapi simple.Teringin pulak nak buat kuih sikit,hubby nak rasa kuih hasil buatan wifenya.So kat sini aku nak share beberapa resepi dengan semua...bolehla kita buat kuih berjemaah.Resepi adalah hasil idea penyumbang luar dan edit aku sendiri.


1. Biskut Cornflakes

Bahan-bahan:
105 gm mentega
2 cawan cornflakes (dihancurkan) jgn kasar sangat
½ cawan gula halus
2 sudu madu
1 biji kuning telur
¾ cawan tepung naik sendiri
1 biji parutan kulit limau sunkist

Cara :
1. Pukul mentega+gula sampai kembang. Masukkan telur..pukul lagi. Then stop.
2. Masukkan tepung naik sendiri, cornflakes, parutan kulit limau dan madu.
3. Sudukan kecil2 atau bulatkan sebesar ibu jari. Bakar. (nak letak dlm cawan kertas buleh jugak, tapi kalau nak jimat tak payahlah)


2. Biskut Cornflake Coklat

Bahan-bahannya:
1 kotak cornflakes
1 bar coklat masakan
½ bar coklat biasa
paper cup

cara-caranya:
1. Cairkan kedua-dua coklat (double boiler), kemudian masukkan conflake kedalam coklat yg telah cair tuh, dan kacau sehingga sebati.
2. akhir sekali masukkannya kedalam paper cup. Biarkan dia keras.




3. Biskut Cornflakes Cococrunch

Bahan-bahan:
2 cwn tepung jagung
2 cwn planta/mentega
2 cwn gula
4 cwn tepung gandum di goreng dahulu & diayak
1 kotak kecil cornflakes/cococrunch (250/275 g)
2 biji telur - kuning saja
1 sudu teh baking powder
sedikit esen vanila

Cara-cara:
1. pukul mentega dan gula sehingga kembang
2. masukkan tepung, telur, tepung jagung, baking powder, essen vanila – uli hingga sebati
3. akhir sekali masukkan cornflakes/cococrunch yg telah dihancurkan.
4. Bentukkan mengikut kesukaan dan bakar sehingga masak.
*Boleh dihias dengan ceri atau manik mutiara.
*Untuk biskut cococrunch boleh dihias dengan cococrunch yg tidak dihancurkan



4. Cornflakes Madu Special (Resepiku berzaman-zaman)

Bahan-bahan:
1 cawan butter
1/2 cawan gula
3 sudu makan madu
3 cawan Cornflakes
1 cawan Honey Stars
1/2 cawan kelapa kering
1/3 kepinagn badam
sedikit papercups

Cara-cara:
1. cairkan butter, gula dan madu diatas api kecil sehingga berbuih
2. masukkan cornflakes dan honey stars, gaul rata
3. ambil dan bubuh kedalam papercups
4. dibakar dalam over 150-160°C selama 10min.

** boleh juga dimasukkan sedikit kacang tanah goreng kedalam adunan tadi dan digaul rata.
** untuk lebih berseri, taburkan sedikit ceri merah yang telah dipotong kecil keatas adunan yang telah dibubuh dalam papercup.




5. Tart Coklat

Bahan-bahan ( dalam 100 keping ):
250 gm (1 buku) butter
1 cawan gula halus
2 biji telor
1 sudu teh esen vanila
Tepung gandum secukup adunan
125gm cokolat masak
25gm shortening
25gm butter/margerin
2 sudu makan susu segar

Cara-cara:
1. Pukul butter dan gula sehingga sebati
2. Masukkan vanilla essence serta telur dan kacau hingga sebati
3 Masukkan tepung sedikit-sedikit sehingga ia menjadi doh (sehingga adunan tak lekat di mangkok)
4. Canai adunan agak2 ketebalannya.
5. Terap menggunakan cetak kuih tart.
6. Bakar selama lebih kurang 20 minit atau hingga kekuningan.
7. Sementara tart sejuk, masukkan semua bahan selebihnya dalam mangkok dan cairkan.
8. Ambil sedikit coklat yang telah cair dan letakkan ke atas tart yang telah sejuk.

Boleh dihiaskan dengan manik jika suka.


Selamat Mencuba!

Thursday, September 10, 2009

Lama Tak Singgah..

Salam semua,



Lama tak singgah blog sendiri ni,hehe..sejak ziqa demam hari tu,ada aje halnya.Dia demam sampai tumbuh ruam satu badan,siap doc suspect denggi.Alhamdulillah bukan,but really take time to recover.


Lepas ziqa pulih plak tiap hujung minggu busy balik kampung.Yelah,bulan puasa ni nak jugak lawat orang tua kita kan.Dua minggu lepas balik johor,minggu lepas plak balik klang.Yang seronok balik johor,semua beradik hubby pun balik,Riuh macam dah Raya.Siap kiterang buat Liga Game.Macam-macam ada; acara memancing,sudoku,ping pong,congkak, siap dam ular pun ada (macam budak-budak plak). Dah tu sempat gak beli kerepek & kuih sikit dari Ayer Itam untuk bekalan kuih raya nanti.



Weekdays plak sempat buat chocolate.At last dapat jugak buat homemade choc dengan tangan sendiri.Lepas ni boleh la buatkan untuk sesiapa yang berminat nak rasa kan.Blog untuk coklat tu pun aku dah buat...cuma maybe tak selengkap mana la...Takpe,akan di'update' bila ada info terbaru, insyaAllah. Jemput-jemptlah jenguk ye...ke Farachocville.





Antara coklat-coklat buatanku






Mereka-mereka yang leka bermain dam ular




Bersama hadiah kemenangan masing-masing...aku n hubby dapat rangkul hadiah dari sudoku




Ziqa dan ummi yang kurus melengking..bila lah nak gemuk ni,hihi