Sunday, October 18, 2009

aku dan ziqa..

Hanya bertandang seketika memberi sedikit coretan untuk hari ini...

Hari ini aku dan ziqa hanya tinggal berdua. Bukan kerna suamiku pergi bekerja, ini kerana nenda suamiku telah pulang ke rahmatulLah malam tadi. Dia baru bertolak ke Muar selepas subuh tadi.

Hanya tinggal aku dan ziqa kerna bimbang kesihatan ziqa, dan tidak elok dibawa ziarah ke sana. Memandangkan tiada juga rumah saudara lain yang berdekatan di sana.

Kudoakan moga semua urusan di sana dipermudahkan Illahi. Terkilan juga tak dapat ikut, apakan daya ziqa taj mahu dipisahkan dari umminya.

Tuesday, October 13, 2009

Manusia....Dulu dan Kini.

Manusia,



Dulu insan yang lebih tua dihormati, disayangi
Kini insan seperti itu diumpat, dikeji
Mengapa...mana adabmu, hilangkah kasih di hati.
Dulu saudara mara mesra bersama, tersenyum tertawa tika berjumpa
Kini saudaranya sebelah mata tidak bersapa, senyum kelat terpaksa
Mengapa....ada bezakah antara kita, salahkahku wahai saudara.
Dulu bakal menantu dibawa ke masjid atau surau, diuji amalan, ibadahnya
Kini bakal menantu dibawa ke pusat hiburan atau karaoke,
mahu diuji katanya
Dari segi apakah cirinya, bakat nyanyiannya?
bukankah sudah cukup jika solat 5 waktunya tak pernah lepa.
Dulu waktu malam dijadikan masa mengerjakan amalan kita,
ikhlas beribadah
Dilarang berjalan malam, bertandang di mana-mana,
Kini keluar malam sudah menjadi lumrah,
Waktu malam dijadikan masa untuk bersuka ria.
Dulu bercinta lepas berkahwin, betapa manis pahit sama dihadapi,
Kini bercinta bagai nak rak, 5 tahun bercinta belum tentu berkahwin,
katanya mahu mengenal hati dan budi,
Saat bercinta semua manis lagi berseri,
tiba di alam perkahwinan baru timbul belang di diri.
Manusia,
Janganlah kita lupa perintah Allah dan RasulNya
Janganlah kita alpa dengan hiburan di dunia
Kata orang lama banyak ilmu dan pengalaman
Betul jika laluannya benar dan berlandaskan ilmu serta iman
Tidak jika jadi berlawanan
Tiada niatku mengeji sesiapa
Maafkanku jika terguris di mana-mana
Hanya ingin meluahkan isi hati yang lara
Melihat manusia semakin alpa
Moga dapat mengingatkan anda dan diriku jua

Friday, October 9, 2009

Akhirnya...

Akhirnya putriku pandai juga meniarap seperti baby2 lain. Baru semalam pagi dia menunjukkan skill barunya itu...dulu aku risau kerna ziqa belum mahu meniarap. Skill lain dah advance tapi satu skill ni saja dia tak berminat. Sekarang lega hatiku. Kini tiap kali dia meniarap, pasti ceria.


Sunday, October 4, 2009

Bayi Batuk

Dari semalam aku search artikel-artikel tentang bayi batuk.ini disebabkan batuk ziqa da semakin teruk.sebelum ni hanya terdengar sikit kahak di tekak bila dia menangis.tapi sejak ibu mertuaku mengurut ziqa satu badan,kahak tu bagaikan ingin keluar tapi tersekat di tekak.makin hari makin jelas batuknya.mungkin jika diurut 2-3 kali lagi ziqa dapat muntahkan saja kahak tu.tapi ibu mertuaku sudah pulang ke johor,jenuhlah aku kalau nak bawa ziqa pulang semula ke johor. Ubat batuk pula tak boleh diberi pada bayi bawah 2 tahun.

Disebabkan itu aku menjumpai beberapa tips untuk kurangkan batuk pada bayi. dapat juga kongsi tips ni pada rakan-rakan yang mungkin mengalami masalah yang sama.

Tips pertama yang ku jumpa adalah dengan menggunakan sedikit ilmu fisioterapi, iaitu dengan cara menepuk balakang bayi. Caranya mudah, pastikan bayi dalam posisi meniarap dan letakkan bantal di bawah perut, pastikan bantal itu tidak terlalu tebal. Kemudian condongkan sedikit posisi bantal dengan kedudukan kepala bayi ke bawah dan kaki di atas, pastikan kaki lurus.

Ibu atau bapa pula bentukkan tapak tangan seakan cupping (lubang di tengah) dan gunakan kekuatan dari pergelangan tangan untuk menepuk perlahan di belakang bayi. Tepuk selama lebih kurang 15 minit dan beralih di kiri dan kanan tubuh bayi pula. Tujuan menepuk ini adalah untuk melonggarkan kahak di dalam paru-paru dan 15 minit selepas selesai menepuk, biasanya bayi akan batuk atau bersin dan sekali gus mengeluarkan kahak dalam bentuk muntah. Jika tertelan, tidak mengapa kerana kahak tersebut akan keluar menerusi najis mereka.

Tips kedua adalah dengan memberikan madu pada bayi. Boleh disuap terus pada bayi, atau dicampur ke dalam makanan atau minumannya. Ini kerana madu dapat mengeringkan kahak.

Tips ketiga adalah lebih pada melegakan masalah selsema. Caranya dengan menggunakan kunyit hidup yang dikisar atau ditumbuk dan dicampur dengan sedikit kapur. Kemudian boleh disapu pada batang hidung bayi, boleh juga disapu pada dadanya.

Tips keempat ialah dengan meramaskan daun kaduk yang dicampur sedikit kapur sirih dan air. Kemudian, lumurkannya di atas dada dan perut bayi anda. InsyaAllah kahak tersebut akan keluar bersama najisnya. Tapi masahnya aku tak tahu macam mana rupa daun kaduk tu,huhu...mungkin ada rakan-rakan diluar sana dapat tunjukkan padaku?

Itulah antara tips-tips yang aku dapat. Moga dapat dipraktikkan dan berkesan.