Wednesday, December 30, 2009

SELAMAT TAHUN BARU


Send this eCard !



Happy New Year Buat Saudara-mara, Teman-teman SKBK, SMKASL, KMJ, USIM, All Bloggers dan teman-teman RATUHATI.

HOPE THIS NEW YEAR BRINGS YOU

Hopes for a bright future
Affection and love
Peace for the heart
Prosperity that's unlimited
Year-round fun

Tuesday, December 29, 2009

Hari Lahir Suamiku

Ahad yang lepas, 27 Disember 2009, adalah hari lahir suamiku tersayang. Asalnya aku dah hampir terlupa tanggal 27 Disember tu ah hampir tiba. Tapi hubby sempat ingatkan 2 minggu sebelum tu,ahaha...
Nak dijadikan cerita, dari hari jumaat, 25 Disember, kami 3 beranak duduk bermalam kat umah abg uda di Sri Kembangan. Hubby dan Uda ada projek yang nak diusahakan bersama. Projek apa? Projek buat kolam landskap. Masih in process, insyaAllah kalau dah siap cakura bole tunjukkan gambar untuk di'promote'kan. Mana tau ada yang berminat, bolela oder kan ;)
Sabtu petang pulak, hubby ajak outing g Jusco Equine. Memang aku ada inform dia baju Ziqa dah banyak yang sendat. Sian aku tengok si kecik tu dah macam nangka kena balut..ekeke.....
Selesai shopping baju Ziqa. Tiba-tiba hubby pulak kata nak beli jam. Kebetulan ada offer jam tangan, apa lagi....hubby pun menyibukkan diri pilih yang mana berkenan. Dah dapat yang berkenan, dia pau aku....ahaha...takpela,aku kata jam tu sebagai hadiah besday dia. Senyum lebar dia, bila pakai asyik tunjuk-tunjuk tangan.....Dah macam Kartina Aziz dalam movie 'Anak Mami' pulak aku tengok. Dok nak tunjuk barang kemas je :P


Habis pau bini. Kiterang pun nak gerak balik, tapi hujan lebat yang amat kat luar. Terpaksalah kiterang tunggu hujan reda dulu. Sambil tunggu reda tu, sempatlah aku lari kejap pergi beli kek besday. Di fikiran, hubby dan Uda sekeluarga tak makan kek sangat. So aku beli yang kecik jela, asal dapat jamah sikit. Tup tup...malam tu Andak sekeluarga datang bermalam pulak....uhuhu...

sudahnye,kek yang cikonet tu dikongsi beramai-ramai. Sian semua, dapat makan sikit jek. Tahun depan Mak Usu beli yang besar k :D




Kepada abang, Moga di tahun yang baru ini kasih kita makin bertambah. Rumahtangga diberkati Illahi. Keluarga aman tenteram. Mmmuuaaahhh!



Tuesday, December 15, 2009

Pertunangan Saudara Kembarku

Lama tidak menyapa rakan2 blog.Kini ku kembali. Tanggal 12 Disember lepas, adalah hari pertunangan antara saudara kembarku Muhd.Farkhan dan temannya Nur Hafizah.Alhamdulillah majlis tu berjalan dengan lancar walaupun rombongan kami tiba lewat di rumah pihak perempuan. Biasela, kalau dah janji melayu,then nak bawak ramai orang,suruh awal pun akhirnya lambat jugak.
Sangkaan kami sekeluarga tak ramai yang nak ikut,last2 minute masuk 10 kereta jugak yang pergi. Kesian kat tuan rumah, sampai tak cukup makanan.dah la family kami jenis bantai makan,aku salah seorangnya,hikhik..ziqa pon join makan gak.ummi suap,nenek suap.baju yang cute pun jadi comot.
Apepun, moga jodoh mereka berdua berpanjangan.Cepat2lah kawen ye.
Ketibaan rombongan pihak lelaki
Abah Is sebagai wakil pihak lelaki....siap berpantun tu.
Upacara sarung cincin ;)
My future sis-in-law
Pasangan bersama mak dan abah
Kami juga tak nak ketinggalan
Opss!! Aku pulak yang bersanding,ehehe..
Hantaran Coklat buatanku sebagai sumbangan untuk twin-ku
Mmuuaaahhh!!

Sunday, October 18, 2009

aku dan ziqa..

Hanya bertandang seketika memberi sedikit coretan untuk hari ini...

Hari ini aku dan ziqa hanya tinggal berdua. Bukan kerna suamiku pergi bekerja, ini kerana nenda suamiku telah pulang ke rahmatulLah malam tadi. Dia baru bertolak ke Muar selepas subuh tadi.

Hanya tinggal aku dan ziqa kerna bimbang kesihatan ziqa, dan tidak elok dibawa ziarah ke sana. Memandangkan tiada juga rumah saudara lain yang berdekatan di sana.

Kudoakan moga semua urusan di sana dipermudahkan Illahi. Terkilan juga tak dapat ikut, apakan daya ziqa taj mahu dipisahkan dari umminya.

Tuesday, October 13, 2009

Manusia....Dulu dan Kini.

Manusia,



Dulu insan yang lebih tua dihormati, disayangi
Kini insan seperti itu diumpat, dikeji
Mengapa...mana adabmu, hilangkah kasih di hati.
Dulu saudara mara mesra bersama, tersenyum tertawa tika berjumpa
Kini saudaranya sebelah mata tidak bersapa, senyum kelat terpaksa
Mengapa....ada bezakah antara kita, salahkahku wahai saudara.
Dulu bakal menantu dibawa ke masjid atau surau, diuji amalan, ibadahnya
Kini bakal menantu dibawa ke pusat hiburan atau karaoke,
mahu diuji katanya
Dari segi apakah cirinya, bakat nyanyiannya?
bukankah sudah cukup jika solat 5 waktunya tak pernah lepa.
Dulu waktu malam dijadikan masa mengerjakan amalan kita,
ikhlas beribadah
Dilarang berjalan malam, bertandang di mana-mana,
Kini keluar malam sudah menjadi lumrah,
Waktu malam dijadikan masa untuk bersuka ria.
Dulu bercinta lepas berkahwin, betapa manis pahit sama dihadapi,
Kini bercinta bagai nak rak, 5 tahun bercinta belum tentu berkahwin,
katanya mahu mengenal hati dan budi,
Saat bercinta semua manis lagi berseri,
tiba di alam perkahwinan baru timbul belang di diri.
Manusia,
Janganlah kita lupa perintah Allah dan RasulNya
Janganlah kita alpa dengan hiburan di dunia
Kata orang lama banyak ilmu dan pengalaman
Betul jika laluannya benar dan berlandaskan ilmu serta iman
Tidak jika jadi berlawanan
Tiada niatku mengeji sesiapa
Maafkanku jika terguris di mana-mana
Hanya ingin meluahkan isi hati yang lara
Melihat manusia semakin alpa
Moga dapat mengingatkan anda dan diriku jua

Friday, October 9, 2009

Akhirnya...

Akhirnya putriku pandai juga meniarap seperti baby2 lain. Baru semalam pagi dia menunjukkan skill barunya itu...dulu aku risau kerna ziqa belum mahu meniarap. Skill lain dah advance tapi satu skill ni saja dia tak berminat. Sekarang lega hatiku. Kini tiap kali dia meniarap, pasti ceria.


Sunday, October 4, 2009

Bayi Batuk

Dari semalam aku search artikel-artikel tentang bayi batuk.ini disebabkan batuk ziqa da semakin teruk.sebelum ni hanya terdengar sikit kahak di tekak bila dia menangis.tapi sejak ibu mertuaku mengurut ziqa satu badan,kahak tu bagaikan ingin keluar tapi tersekat di tekak.makin hari makin jelas batuknya.mungkin jika diurut 2-3 kali lagi ziqa dapat muntahkan saja kahak tu.tapi ibu mertuaku sudah pulang ke johor,jenuhlah aku kalau nak bawa ziqa pulang semula ke johor. Ubat batuk pula tak boleh diberi pada bayi bawah 2 tahun.

Disebabkan itu aku menjumpai beberapa tips untuk kurangkan batuk pada bayi. dapat juga kongsi tips ni pada rakan-rakan yang mungkin mengalami masalah yang sama.

Tips pertama yang ku jumpa adalah dengan menggunakan sedikit ilmu fisioterapi, iaitu dengan cara menepuk balakang bayi. Caranya mudah, pastikan bayi dalam posisi meniarap dan letakkan bantal di bawah perut, pastikan bantal itu tidak terlalu tebal. Kemudian condongkan sedikit posisi bantal dengan kedudukan kepala bayi ke bawah dan kaki di atas, pastikan kaki lurus.

Ibu atau bapa pula bentukkan tapak tangan seakan cupping (lubang di tengah) dan gunakan kekuatan dari pergelangan tangan untuk menepuk perlahan di belakang bayi. Tepuk selama lebih kurang 15 minit dan beralih di kiri dan kanan tubuh bayi pula. Tujuan menepuk ini adalah untuk melonggarkan kahak di dalam paru-paru dan 15 minit selepas selesai menepuk, biasanya bayi akan batuk atau bersin dan sekali gus mengeluarkan kahak dalam bentuk muntah. Jika tertelan, tidak mengapa kerana kahak tersebut akan keluar menerusi najis mereka.

Tips kedua adalah dengan memberikan madu pada bayi. Boleh disuap terus pada bayi, atau dicampur ke dalam makanan atau minumannya. Ini kerana madu dapat mengeringkan kahak.

Tips ketiga adalah lebih pada melegakan masalah selsema. Caranya dengan menggunakan kunyit hidup yang dikisar atau ditumbuk dan dicampur dengan sedikit kapur. Kemudian boleh disapu pada batang hidung bayi, boleh juga disapu pada dadanya.

Tips keempat ialah dengan meramaskan daun kaduk yang dicampur sedikit kapur sirih dan air. Kemudian, lumurkannya di atas dada dan perut bayi anda. InsyaAllah kahak tersebut akan keluar bersama najisnya. Tapi masahnya aku tak tahu macam mana rupa daun kaduk tu,huhu...mungkin ada rakan-rakan diluar sana dapat tunjukkan padaku?

Itulah antara tips-tips yang aku dapat. Moga dapat dipraktikkan dan berkesan.

Monday, September 28, 2009

Pulang dari raya

Selamat kembali semua! Dan Salam Lebaran!
Apa khabarnya rakan-rakan semua?Raya ok?Dah start keja...ke malas?hehe...



Aku baru kelmarin tiba di rumah bukit mahkota...pulang dari kluang, Johor. Kusangkakan raya kali ni sangat meriah..tapi hujan di siang hari menjelma. Dua hari sebelum raya aku, suami dan Ziqa pulang ke Bukit Kapar. Tapi pada hari yang sama tu jugak Ziqa demam tiba-tiba. Tak apalah...mungkin raya kang dah kebah...



Alahai sangkaanku meleset..Awalnya memanglah kebah, tepat lewat petang raya pertama panas badan Ziqa kembali lagi, siap timbul merah-merah satu badan. Compang-camping anak aku,huhu...Nak kena campak rupanya, kesian dia satu badan tak selesa. Sudahnya raya di kampungku tak seberapa kerna aku dan suami hanya bertandang di rumah parent, makan kuih raya sendiri sambil menjaga Ziqa. Yelah...nak dibawa beraya tak boleh kan.

Hari raya ke-4 kami bertolak ke kampung suami pula di Felda Kahang Timur, Kluang. Alhamdulillah demam Ziqa dah reda. Tiba di sana semua dah sampai, Uda jek takde. Malam first di sana kami buat BBQ, syoklah ayam Black pepper Angah. Tahun depan buat lagi yek. Raya ke-6 pula kami semua pergi beraya rumah adik-beradik ibu mertuaku. Dapatlah juga merapatkan ukhwah...sekali-sekala jumpa, perkahwinan aku dan suami pun baru setahun jagung,saudara-mara belum semua ku kenal,rasa sedih pun ada jugak tak dapat kenal rapat lagi dengan sauda suami, lagi terkilan tak sempat jumpa Tok belah ibu mertuaku. Dengar berita dia jatuh di bilik air...kudoakan moga sihat walafiat hendaknya.

Sebagai penutup, kuselitkan foto-foto sepanjang raya.

p/s: Nah k.nor tengokla gambo2 nih,pa'a da letak,hehe...




Puteri kesayanganku

Keluargaku

Atuk nenek bersama anak buah kesayangan

Saudara-maraku datang beraya


Suamiku tegar membersihkan Tiram

Along, Angah dan Andak tekun memanggang



Atuk dan cucu-cucunya
Bersama rakan-rakan lama suamiku di kenduri kawen rakannya

Tuesday, September 15, 2009

Selamat Hari Raya Buat Semua!


Sempena Hari Raya yang bakal menjelang tiba, kutitipkan secebis ucapan buat rakan dan keluarga semua.






Ramadhan penuh dugaan, manusia sering alpa hanya perdengar rungutan, begitulah rentak insan, perlu rakan memberi ingatan.


Terfikir ketupat lemang, sambal kacang buatan ibu turut terbayang, jangan hanya ingin puasa tapi tak sembahyang, tunaikan sentiasa sebelum nyawa melayang.


Si bapa kerja extra prepare duit raya, si ibu menghias rumah menyambut tamu tiba, menunaikan zakat perlu dijaga, moga berkat kita sekeluarga.

Hampir sebulan berpuasa, Ramadhan bakal berlalu, Syawal pula bakal menjelma, Andai ada tersalah kata, Atau terkasar laku, Ampunkanlah diriku seadanya.

Kita semua seperti keluarga, saudara serumpun juga seagama, moga anda selamat pulang ke desa, sampaikan salam pada keluarga.

Selamat Hari Raya ucapan dariku, Maaf zahir batin pinta wajibku, Moga persabatan kita tidakkan berlalu, Kekal di ingatan rindu selalu.








Ikhlas dariku, suamiku dan anakku...dengan ucapan...


SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI



Create your own banner at mybannermaker.com!


MAAF ZAHIR DAN BATIN

Monday, September 14, 2009

Resepi Kuih Raya

Semalam aku surf webs...nak csari resepi yang agak menarik tapi simple.Teringin pulak nak buat kuih sikit,hubby nak rasa kuih hasil buatan wifenya.So kat sini aku nak share beberapa resepi dengan semua...bolehla kita buat kuih berjemaah.Resepi adalah hasil idea penyumbang luar dan edit aku sendiri.


1. Biskut Cornflakes

Bahan-bahan:
105 gm mentega
2 cawan cornflakes (dihancurkan) jgn kasar sangat
½ cawan gula halus
2 sudu madu
1 biji kuning telur
¾ cawan tepung naik sendiri
1 biji parutan kulit limau sunkist

Cara :
1. Pukul mentega+gula sampai kembang. Masukkan telur..pukul lagi. Then stop.
2. Masukkan tepung naik sendiri, cornflakes, parutan kulit limau dan madu.
3. Sudukan kecil2 atau bulatkan sebesar ibu jari. Bakar. (nak letak dlm cawan kertas buleh jugak, tapi kalau nak jimat tak payahlah)


2. Biskut Cornflake Coklat

Bahan-bahannya:
1 kotak cornflakes
1 bar coklat masakan
½ bar coklat biasa
paper cup

cara-caranya:
1. Cairkan kedua-dua coklat (double boiler), kemudian masukkan conflake kedalam coklat yg telah cair tuh, dan kacau sehingga sebati.
2. akhir sekali masukkannya kedalam paper cup. Biarkan dia keras.




3. Biskut Cornflakes Cococrunch

Bahan-bahan:
2 cwn tepung jagung
2 cwn planta/mentega
2 cwn gula
4 cwn tepung gandum di goreng dahulu & diayak
1 kotak kecil cornflakes/cococrunch (250/275 g)
2 biji telur - kuning saja
1 sudu teh baking powder
sedikit esen vanila

Cara-cara:
1. pukul mentega dan gula sehingga kembang
2. masukkan tepung, telur, tepung jagung, baking powder, essen vanila – uli hingga sebati
3. akhir sekali masukkan cornflakes/cococrunch yg telah dihancurkan.
4. Bentukkan mengikut kesukaan dan bakar sehingga masak.
*Boleh dihias dengan ceri atau manik mutiara.
*Untuk biskut cococrunch boleh dihias dengan cococrunch yg tidak dihancurkan



4. Cornflakes Madu Special (Resepiku berzaman-zaman)

Bahan-bahan:
1 cawan butter
1/2 cawan gula
3 sudu makan madu
3 cawan Cornflakes
1 cawan Honey Stars
1/2 cawan kelapa kering
1/3 kepinagn badam
sedikit papercups

Cara-cara:
1. cairkan butter, gula dan madu diatas api kecil sehingga berbuih
2. masukkan cornflakes dan honey stars, gaul rata
3. ambil dan bubuh kedalam papercups
4. dibakar dalam over 150-160°C selama 10min.

** boleh juga dimasukkan sedikit kacang tanah goreng kedalam adunan tadi dan digaul rata.
** untuk lebih berseri, taburkan sedikit ceri merah yang telah dipotong kecil keatas adunan yang telah dibubuh dalam papercup.




5. Tart Coklat

Bahan-bahan ( dalam 100 keping ):
250 gm (1 buku) butter
1 cawan gula halus
2 biji telor
1 sudu teh esen vanila
Tepung gandum secukup adunan
125gm cokolat masak
25gm shortening
25gm butter/margerin
2 sudu makan susu segar

Cara-cara:
1. Pukul butter dan gula sehingga sebati
2. Masukkan vanilla essence serta telur dan kacau hingga sebati
3 Masukkan tepung sedikit-sedikit sehingga ia menjadi doh (sehingga adunan tak lekat di mangkok)
4. Canai adunan agak2 ketebalannya.
5. Terap menggunakan cetak kuih tart.
6. Bakar selama lebih kurang 20 minit atau hingga kekuningan.
7. Sementara tart sejuk, masukkan semua bahan selebihnya dalam mangkok dan cairkan.
8. Ambil sedikit coklat yang telah cair dan letakkan ke atas tart yang telah sejuk.

Boleh dihiaskan dengan manik jika suka.


Selamat Mencuba!

Thursday, September 10, 2009

Lama Tak Singgah..

Salam semua,



Lama tak singgah blog sendiri ni,hehe..sejak ziqa demam hari tu,ada aje halnya.Dia demam sampai tumbuh ruam satu badan,siap doc suspect denggi.Alhamdulillah bukan,but really take time to recover.


Lepas ziqa pulih plak tiap hujung minggu busy balik kampung.Yelah,bulan puasa ni nak jugak lawat orang tua kita kan.Dua minggu lepas balik johor,minggu lepas plak balik klang.Yang seronok balik johor,semua beradik hubby pun balik,Riuh macam dah Raya.Siap kiterang buat Liga Game.Macam-macam ada; acara memancing,sudoku,ping pong,congkak, siap dam ular pun ada (macam budak-budak plak). Dah tu sempat gak beli kerepek & kuih sikit dari Ayer Itam untuk bekalan kuih raya nanti.



Weekdays plak sempat buat chocolate.At last dapat jugak buat homemade choc dengan tangan sendiri.Lepas ni boleh la buatkan untuk sesiapa yang berminat nak rasa kan.Blog untuk coklat tu pun aku dah buat...cuma maybe tak selengkap mana la...Takpe,akan di'update' bila ada info terbaru, insyaAllah. Jemput-jemptlah jenguk ye...ke Farachocville.





Antara coklat-coklat buatanku






Mereka-mereka yang leka bermain dam ular




Bersama hadiah kemenangan masing-masing...aku n hubby dapat rangkul hadiah dari sudoku




Ziqa dan ummi yang kurus melengking..bila lah nak gemuk ni,hihi

Tuesday, August 11, 2009

My baby is having a fever...ziqa demam.

Hari ni aku rasa really gloomy,tapi nak sedih pun tak boleh coz aku kena kuat semangat.Nak dijadikan cerita,aku sedih & risau hari ni sebab baby ziqa demam.Dari lewat petang semalambadan dia dah mula panas.aku bagi susu, air suam, tuam pun tak reda.sampai dia muntah susu banyak.at last aku & hubby cepat2 bawak dia ke klinik.


Sampai di poliklinik bukit mahkota, aku tengok ramai sangat orang kat situ.majority pakai mask.aku masuk je dengar orang batuk sana sini....hee....ngeri.takut jek kalau salah sorang tu ada H1N1.Masa daftar kat kaunter aku mintak hubby pujuk staff klinik bagi turn ziqa awal sikit. At first, staff tu blurr jek,kate kena queue la,ape la.aku & hubby try gak pujuk lagi,kesian baby kecik macam ziqa nak disuruh tunggu lama2, dah tu dengan patient yg ramai lagi.tak sanggup aku!next staff tu tanya other staff,alhamdulillah, tak sampai 5minit pastu nama ziqa dipanggil.


Masuk2 je bilik doktor, dia dah siap2 pakai mask. bila dia pegang ziqa,cepat2 suruh assistant dia ambilkan cool fever.nasib baik,doc kate juz demam biasa,cuma quite panas,& ada infection sikit kat tekak dia.


Balik je dari klinik, aku susukan ziqa.then dengan hubby kerjasama bagi ubat kat dia.tengah malam dah reda sikit demam tu. but this morning, start panas semula.aku bagi dia ubat pun dimuntahkan bailk,dengan susu sekali dia muntahkan.aiii....risau aku tengok dia macam tu.Dah dia nangis2 tak nak ubat,at last aku bg minum air suam & tuam je kepala dia. harap2 tengahari nanti dia nak minum ubat,sikit pun jadila.


Tapi ape yg buat aku terharu,walaupun dia demam,kadang2 merengek tak sedap badan,ziqa masih mampu tersenyum & menyapa bila aku layan dia.Itula ragam dia bila demam.My cute sweet baby,cepat sihat ye.ummi risau kalau ziqa demam je.

Wednesday, June 10, 2009

Alahai Anakku..

Hari demi hari genaplah umur Ziqa anakku 2 bulan. Tibalah masa untuk Check-up 2nd month. Semalam aku & hubby bawa Ziqa ke Klinik Kesihatan Bangi, Ziqa bakal disuntik DPT,Hib & IPV (Orang kata suntik 3 serangkai). Pertama kali ke sana kami sesat terpusing2 sekitar Bangi. Konon pernah study di Bangi, klinik tu pun tak tau kat mana.

Alhamdulillah Ziqa tak banyak kerenah sepanjang di klinik. Dia hanya tersenyum di pangkuan umminya. Bila ditimbang pun sempat tergelak. Berat Ziqa dah 5.85kg, huuuiiii....patutlah lenguh tangan ummi dukung Ziqa, semangat! Baby lain aku tengok meragam jek, ada si ibu yang tak sempat2 nak timbang anaknya coz meraung2 di zon Ukur dan Timbang. Semasa disuntik, Ziqa hanya beri jeritan yang tak sampai 5 saat pun.

Tiba di rumah aku n hubby terus berikan Ziqa ubat demam, itupunseparuh diluahnya balik. Alahai...ikut perangai ummi kecik2, susah makan ubat,huhu..Kemudian aku terus letak balm & tonyoh tempat suntik tadi. InsyaAllah boleh bantu ubat jalan & kurang risiko demam.

Hari ni Ziqa meragam, tak nyenyak tidur siangnya. Kadang2 menangis macam kesakitan....mungkin bisa2 badannya kesan suntik semalam. Aku tak sempat2 nak buat kerja rumah coz nak melayan ragam ZIqa, tenangnya hanya di bahu umminya. Mencoret di web pun separuh jalan kena bagi ubat penenang padanya (ubat penenang baby hanyalah susu ibunya,haha..). Masak pun aku dukung. Hari ni aku masak simple jek, ayam masak ungkep resepi orang jawa. Sesuai untuk orang berpantang juga.

Alahai Ziqa...sedih ummi tengok bila bisa badan Ziqa datang. Tapi Alhamdulillah, dalam tak sedap badan pun Ziqa masih mampu tersenyum padaku & borak2 lagi. Takpelah Ziqa, ummi ada teman ZIqa. Cepat2 baik ye sayang. Lusa kita balik kampung jumpa atuk nenek baru balk umrah,insyaAllah. If you feel down everyhere and everywhere, just call ummi and i'll be there for you Ziqa.


Ziqa si bulat mandi....santainya dia.

Sunday, May 31, 2009

selamat kembali untukku


Salam sumer! Maaflah dah lama menyepi, baru je habis pantang...baru ape hr ni dah 58hari.sj jek duk kt umah parent lama2 sket,sementara dierang lum g umrah lg n lepaskan majlis aqiqah.


Alhamdulillah aku dah slamat bersalin 7April lepas. ms 5 April da stat contraction every 10minit tp sedara mara kate tggu lg sehari dua coz 1st baby biase lambat kuarnye.ok la...tggu punya tggu petang 6 April lepas Asar aku tgk ada tompok darah,huhu....stat panic! Aku pon cepat2 kol sumer yg berkaintan inform pasal mende ni...tup2 tak dapt contact hubby lak...ish!


Papepun terus je besiap n angkat beg nk g hospital.kuar je pintu,hubby pun tepat2 sampai depan umah...bagai lipas tak cukup kaki dia salin baju n tolong angkat beg....da panic pun sempai singgah stesyen minyak dulu,haha...yela kang minyak habis tgh jalan susah lak...xpasal2 jadi macam kt iklan yg ada afdlin shauki n vanida tu....dlm perjalanan mulut tak habis2 berdoa keselamatan ku n babyku,hubby smpai tersalah2 jalan,sian dia.


Maghrib sampai hospital. Sementara tggu doc dtg chek ak dengar suara pompuan jerit2 dlm kesakitan kt bilik bersalin lain,huhu...takutnye hati masa tu xterkata. Maklumlah jap lg aku lak yg akan dalam kesakitan. Bila doc pecahkan air ketuban,dia kata baby da berak. ish bahaya...kalau baby lemas doc nak cepat2 bedah. Dalam kerisauan aku kuatkan smangat gak berdoa baby aku terus kuat. Demi keselamatan baby,doc bg ubat induce biar cepat sket baby kuar.


Hubby sentiasa ada kat sebelah aku bg semangat, usap2 kepala aku. Even sakit tp rasa lega sket bila dia ada sama. Tiap kali contraction aku pegang tgn dia kuat2 (bukan nak sedut gas bius). Sampai satu masa nurse pon tegur aku, dia kata "tak nak sedut gas tu ke?"...hehe...lepas dia tegur barula aku start sedut...bukan apa,saja nak rasa sakit bersalin yg sebenar. Alhamdulillah tepat jam 12.04 tghmalam bayi seberat 3.22kg slamat kuar n dalam keadaan sihat. Tengahari esoknye aku da boleh kuar dr wad.
Iftah Haziqah tersayang


Sunday, March 29, 2009

berkampung wat roti n tart..

sabtu lepas ak n hubby berkampung kt umah abg ipar a.k.a abg hubby. kterang nk blaja wat roti n tart kt kak biras ak.malumla, kelas bakeri bwh MARA patut da stat tp ak n hubby x g. actually ak teringin sgt nk g kelas tu tp hubby lak xbg, tkt bini dia xlarat.layan jela..

petang sbtu kterg smpai, mlm tu gak stat bakeri class wat sweet bun. nk statnye punye susah.mane xnye,ank2 buah pon sibuk menukang mixer n oven knon nk ikut wat roti gak. tu la padahnye wat keje ad budak2,sabar jela. tmpat yg patut 2kali gnda bersepah da jd seribu kali ganda sepah dek keje budak2 tu.nsib baik sparuh jln dierg da telelap, ngantuk sgt. kterg la yg habiskn wat smpai kul 2 pg. tu pon slh sorg ank buah smpat lg ngigau mintak roti dlm tdo,haha..

sweet bun edisi tocang

sweet bun ltak sosej

sok siangnye lak kterg smbg class,wat cheesetart.yumm….tart kegemaran ak. slama ni reti mkn je,pasni da reti buat.puas ati. yg geli ati,asal terbau tart n roti yg di bake dlm oven je budak dlm prut ni msti kicking. nampaknye ad yg terliur da,haha…tart tu kterg wat smpai dkt kul 4ptg,hubby yg hbskan wat.ak da telelap,hubby pon xkejut ak.sian kot kt mak buyong yg jln da mcm pinguin sarat ni.

strawberry cheese tart..nyum2


sblm balik umah smlm (ahad), sempatla kterg tapau tart tu ckit.roti da hbs ngap awl2 da. next week ptut ad class lg,wat cupcakes.huhu…cm biasela xdpt lesen nk g.muncungla seribu ela pon,xdptnye. xpela,at least sonok gak dpt blaja ckit2 kt umah abg ipar,adela gak bnda nk wat weekend2 ni. hr ni,a good mood,dpt mkn tart puas2,hehe…ittadakimass,ngap….


irfan yg mengigau mintak roti, sian..pg2 kterg bg la dia mkn roti.

Sunday, March 22, 2009

Checkup kt klinik pakar an nur




Last saturday ak g check up for my 36th week pregnancy. smpai agak lewat, 8.30 pg.msuk klinik tgk2 da pnuh org.. nsb baik dpt turn agak awal gak,no.8..rezki kot,lg on hr ni ad 2 doctor. ak ngan dr.khamsiah, a cute, friendly little doctor.


hospital pakar an nur yg ak teringin nk msuk..tp hubby prefer ak deliver kt gov hospital



sambil2 tggu turn tu sompat lg wat exercise kegel,hehe...mentang2 2mggu lpas br g antenatal class,smangatla..15mnt tggu,nurse pggil tuk cek blood pressure, fuh,nsb baik darah ok.gula pon ok...ble timbang berat bdnlak,tebeliak ckit...uih,da 64.3kg rupenye ak ni,huhu..


Nurse busy pack ubat n wat resit


then tggu lg turn tuk jmpe doc, hubby lak dok tggu kt luar klinik smbil main sudoku..dkt kul10 smpaila turn ak...cam biase hubby ngekor dr blakang,hihi..sonok dia tgk ak kna scan.tgk baby dia katekn.hr ni brat baby da 3kg.luckily lum engaged la,dia msih mengadap sbelah knan mummynye..doc kate sume ok,baby sht.start pasni kne dtg checkup once every week.huhu,da dkt due mkin kerapla g klinik nampaknye..xpela,asal sumer slamat.

Wednesday, March 18, 2009

I'm in week 36 today!

Pas watkan hubby brekfast, ak pon duk2 enjoy my brekfast. then felt sumting gerak2 kt prut ni “owh,baby da bangun ye”…ape lg stat la hobi harian ak,borak ngan baby, nyanyi2 ckit tuk dia.lesson starts since in the womb kan. kenala rajin stimulate nerve dia…

Then ak jenguk web kegemaran ak Babycenter.com. kt web tu ad record due ak.wah,da masuk mggu 36,cepatnye…_______________________________________________________________
You are now 36 weeks pregnant (or in your 37th week if that’s how you prefer to count it).





How your baby’s growing


Congratulations! By the end of this week, your pregnancy will have come full term - meaning your baby can be born any day now. (Babies born before 37 weeks are premature or pre-term, and those born after 42 weeks are post-mature or post-term.) All babies are different but a typical 37-week-old weighs 2.86kg/6.30lb and is 19 inches/ 45 centimetres long from head to toe.


How your life’s changing


You may begin to feel increased pressure in your lower abdomen and notice that your baby is gradually dropping. This is called lightening or engagement and your lungs and stomach will finally get a chance to stretch a bit, so breathing and eating become easier. However, walking may become increasingly uncomfortable - some women even say it feels as if the baby is going to fall out. (Don’t worry, it can’t happen.) You may feel as if you need to go for a wee all the time however. Practising your pelvic floor exercises can help.


At your weekly visit, your doctor may check to see if you’ve started dilating (when the cervix opens) and effacing (when the cervix thins). The doctor will also check what position the baby is in, in order to estimate how far the baby has dropped into the pelvis. This information will be entered into your maternity notes so that your doctor in will know the position of the baby when you go into labour.

Berminat nak tambah koleksi tudung?

Hi members,



Ada antara anda2 sumer yg teringin nak tambah koleksi tudung? Or nak beli tudung baru wat ganti tudung lama yg da lusuh?hehe...








xsusah, xpayah nak g kedai...jimat masa n tenaga... klik je link ni http://tudung-online.com/?ref=sakura85 . U can be an online buyers. bukan setakat beli tudung, bole join jd member gak, tu pon kalo u all nak tambah side income.




Nampak cantik2 kan? ha,ada byk lg design,tgh offer bulan mac lak tu, cepat2la g jenguk and oder.





Tuesday, March 17, 2009

Booking Hospital Putrajaya








Last friday ak n hubby g hospital putrajaya tuk wat booking.ingat nak g awal takut sesak kt sana,tp tap kul10 gak gerak...tmbah tolak jam kt tol smpai sana dkt 10.45pg...hubby kate "kalo tgh sakit ni mau syg da teberanak dlm kete",huhu....



hospital dari kejauhan..


smpai2 sn xtau lak pintu mana nak masuk...almaklumla xpenah g hospital tu...hspital tengku ampuan rahimah tau la.nsb baik ak da survey dulu kt website dia dpt gakla agak nk masuk ikut mane...ak mintak hubby turunkan kt pintu target then masuk tnye kt receiptionist nk wat booking ktne. da tau then confirm kt hubby.dgn sluar yg makin mlayut (almaklum pinggang da xde,hehe) tggula hubby msuk smbil bawak buku rekod check up bulanan ak...


kaunter tempat ku bertanya....tumpang tanya cik..





berkat hari jumaat,all process clear je even kena tggu few minutes gak...last kul12 sumer selesai,alhamdulillah.


Di manakah wad ku nanti.....