Friday, February 7, 2014

KENAPA PERLU KE KELAS ANTENATAL

Sepanjang pengalaman aku berumahtangga dan mempunyai anak (ceh...macam byk pengalaman je), rata-rata aku lihat rakan-rakan sekeliling ramai yang meringan-ringankan kelas antenatal. Ada yang dah masuk anak kedua pun masih tak tahu menatang 'antenatal class' tu. Maaf ye kalau terasa.

Bukan apa, Cakura cuma nak share ilmu dan pendapat saja. Yang mana baik boleh buat rujukan, ye dak? :-)

Kenapa perlu pergi ke Kelas Antenatal?
Untuk pasangan suami isteri:

  • Kerana dalam kelas ini anda akan diberitahu tentang prosedur medikal yang boleh anda pilih @ akan lalui, sekaligus mengelakkan sebarang kesan buruk ke atas diri anda dan anak.
  • Kerana anda dan pasangan akan merasa tenang dan lega dengan ilmu yang anda dapat menjelang saat bersalin nanti.
  • Kerana pasangan akan tahu untuk bekerjasama saat menjelang waktu bersalin (ingat bersalin juga melibatkan suami ye)
  • Kerana ia adalah pelaburan sekali seumur hidup

Untuk suami:

  • Kerana anda akan mendapat ilmu yang menjadikan anda MACHO dan seperti HERO kepada isteri sewaktu dia amat perlukan sokongan anda (ketika bersalin)
  •  Kerana anda akan tahu apa yang patut dibuat saat isteri mula sakit hendak bersalin hingga selepas bersalin.
  • Kerana anda mahu membantu isteri anda mengelakkan trauma bersalin.


Untuk isteri:

  • Kerana berasa tenang dan yakin akan bantu memudahkan proses bersalin, inshaAllah.
  • Kerana anda mahu belajar bagaimana merasakan keseluruhan proses bersalin sebagai suatu saat yang indah dan manis.
  • Kerana anda akan mendapat ilmu penjagaan kesihatan ketika hamil dan bersalin bagi memastikan kesihatan anda.
  • Kerana anda akan mendapat ilmu tentang penyusuan susu ibu.

Kesimpulannya, saat kelas tersebut banyak yang Cakura dapat. Seperti:
1. Stage proses sakit ketika hendak bersalin
2. Bius yang boleh kita ambil saat sakit bersalin.
3. Pilihan untuk bersalin cara lain, selain bersalin normal tanpa apa-apa bantuan.
4. Teknik pernafasan bagi mengurangkan rasa sakit
5. Teknik 'push' yang betul. (Penting ye, Cakura sendiri dengar dari katil labour room sebelah.  
    patient tu sampai tak nak push sebab tak tahan sakit.) Ada juga kawan-kawan yang salah cara push
    (boleh koyak teruk tau risikonya).
6. Teknik senaman Kegel (kemut). Sangat baik kerana dapat menguatkan otot vagina kita, sekaligus
    mengurangkan risiko koyakan.
7. Apa yang suami patut buat pada setiap stage bersalin, especially saat untuk 'push'. (Bagus sangat.
    Husband Cakura dah macam coach dalam labour room. Saat perlu push, dia kira 1-10 saat agar
    Cakura turut push pada masa yang sama). Ingatlah pada saat kita dalam kesakitan, hanya suara
    insan yang paling rapat dengan kita akan kita dengar ;-)
8. Checklist barang-barang keperluan untuk ke hospital.
9. Penyusuan susu ibu, breastpump yang sesuai, segala keperluan menyusu bayi.
10. Cara penjagaan sepanjang berpantang.

Banyak lagila, tak ter'list' dek Cakura.

Cakura dulu join kelas di Klinik Pakar Puan Annur Bandar Baru Bangi. Marvelous, puas hati. https://www.facebook.com/events/221344544718288/?hc_location=stream#!/HospitalPakarAnNur


Bagi sesiapa yang berminat nak join kelas dia, kena cepat-cepat booking sebab limited.

 
 
Kalau ada yang nak consult dengan pakar di sana boleh rujuk jadual mereka. Tapi buat appoinment dulu ye.


    Apa pun, tak rugi join kelas antenatal macam ni. Husband Cakura sendiri galakkan ibu-ibu di luar sana join. Dia kata si ibu akan lebih tenang, relax sebab dia dah tahu cara yang betul untuk bersalin.

    P/S: Suami mesti join tau, sebab anda akan menemani isteri saat dia bersalin.

     

Wednesday, February 5, 2014

UPDATE BLOG CAKURA BOUTIQUE

 
 
 
 
Salam semua rakan bloggers. Cakura Boutique ada update barang baru.
 
 
 
SHAWL PELANGI 3 TONE
 
 

TUDUNG SEKOLAH KANAK-KANAK
 
 

TELEKUNG KANAK-KANAK
 
 
 
Jemputla datang ye ;-)