Friday, January 27, 2012

Selamat Kembali

Foto kami sekeluarga ketika di Cameron Highlands


Inilah Nadhirah yg Comel


Haziqah dah besar kan..



Selamat kembali Untuk Diriku.

Pejam celik sudah setahun aku tak update blog ni. Welcome to myself. Dalam setahun ada orang kata ini masa yang pendek. Tapi dalam setahun ini begitu banyak perkara yang terjadi dalam hidupku.

Kini aku bergelar "Microbiologist" di sebuah syarikat swasta. Dah hampir setahun pun aku bekerja di situ. Dalam masa ni, aku dah dapat gaji increment, dan juga bonus. Alhamdulillah.

Dalam setahun ini juga aku sudah mendapat seorang lagi permata hati, Nur Nadhirah namanya. Tiap hari tak pernah lekang dari menyakat kakaknya, Haziqah.

Dalam setahun ini juga aku dapat mengenali hati budi jiran ku. Tak kusangka ada niat serong jiran terhadap keluargaku. Nasib baik baru-baru ni dia dan keluarganya pindah keluar. Itu pun sebab tak bayar sewa setengah tahun. Tak kisahlah, asalkan hidup aku kembali aman tanpa gangguan.

Suamiku? Masih sihat, dan makin sihat. Dari tegap, semakin gagah....gagah perutnya,hehe..

Apapun, dalam turun naik roda hidupku berputar dalam setahun ini. Banyak yang dapat aku pelajari dan perbaiki sekaligus untuk menjadi seorang insan yang lebih baik, InsyaAllah.