Tuesday, October 13, 2009

Manusia....Dulu dan Kini.

Manusia,



Dulu insan yang lebih tua dihormati, disayangi
Kini insan seperti itu diumpat, dikeji
Mengapa...mana adabmu, hilangkah kasih di hati.
Dulu saudara mara mesra bersama, tersenyum tertawa tika berjumpa
Kini saudaranya sebelah mata tidak bersapa, senyum kelat terpaksa
Mengapa....ada bezakah antara kita, salahkahku wahai saudara.
Dulu bakal menantu dibawa ke masjid atau surau, diuji amalan, ibadahnya
Kini bakal menantu dibawa ke pusat hiburan atau karaoke,
mahu diuji katanya
Dari segi apakah cirinya, bakat nyanyiannya?
bukankah sudah cukup jika solat 5 waktunya tak pernah lepa.
Dulu waktu malam dijadikan masa mengerjakan amalan kita,
ikhlas beribadah
Dilarang berjalan malam, bertandang di mana-mana,
Kini keluar malam sudah menjadi lumrah,
Waktu malam dijadikan masa untuk bersuka ria.
Dulu bercinta lepas berkahwin, betapa manis pahit sama dihadapi,
Kini bercinta bagai nak rak, 5 tahun bercinta belum tentu berkahwin,
katanya mahu mengenal hati dan budi,
Saat bercinta semua manis lagi berseri,
tiba di alam perkahwinan baru timbul belang di diri.
Manusia,
Janganlah kita lupa perintah Allah dan RasulNya
Janganlah kita alpa dengan hiburan di dunia
Kata orang lama banyak ilmu dan pengalaman
Betul jika laluannya benar dan berlandaskan ilmu serta iman
Tidak jika jadi berlawanan
Tiada niatku mengeji sesiapa
Maafkanku jika terguris di mana-mana
Hanya ingin meluahkan isi hati yang lara
Melihat manusia semakin alpa
Moga dapat mengingatkan anda dan diriku jua