Ahad yang lepas, 27 Disember 2009, adalah hari lahir suamiku tersayang. Asalnya aku dah hampir terlupa tanggal 27 Disember tu ah hampir tiba. Tapi hubby sempat ingatkan 2 minggu sebelum tu,ahaha...
Nak dijadikan cerita, dari hari jumaat, 25 Disember, kami 3 beranak duduk bermalam kat umah abg uda di Sri Kembangan. Hubby dan Uda ada projek yang nak diusahakan bersama. Projek apa? Projek buat kolam landskap. Masih in process, insyaAllah kalau dah siap cakura bole tunjukkan gambar untuk di'promote'kan. Mana tau ada yang berminat, bolela oder kan ;)
Sabtu petang pulak, hubby ajak outing g Jusco Equine. Memang aku ada inform dia baju Ziqa dah banyak yang sendat. Sian aku tengok si kecik tu dah macam nangka kena balut..ekeke.....
Selesai shopping baju Ziqa. Tiba-tiba hubby pulak kata nak beli jam. Kebetulan ada offer jam tangan, apa lagi....hubby pun menyibukkan diri pilih yang mana berkenan. Dah dapat yang berkenan, dia pau aku....ahaha...takpela,aku kata jam tu sebagai hadiah besday dia. Senyum lebar dia, bila pakai asyik tunjuk-tunjuk tangan.....Dah macam Kartina Aziz dalam movie 'Anak Mami' pulak aku tengok. Dok nak tunjuk barang kemas je :P
Habis pau bini. Kiterang pun nak gerak balik, tapi hujan lebat yang amat kat luar. Terpaksalah kiterang tunggu hujan reda dulu. Sambil tunggu reda tu, sempatlah aku lari kejap pergi beli kek besday. Di fikiran, hubby dan Uda sekeluarga tak makan kek sangat. So aku beli yang kecik jela, asal dapat jamah sikit. Tup tup...malam tu Andak sekeluarga datang bermalam pulak....uhuhu...
sudahnye,kek yang cikonet tu dikongsi beramai-ramai. Sian semua, dapat makan sikit jek. Tahun depan Mak Usu beli yang besar k :D
Kepada abang, Moga di tahun yang baru ini kasih kita makin bertambah. Rumahtangga diberkati Illahi. Keluarga aman tenteram. Mmmuuaaahhh!
0 comments:
Post a Comment