Friday, November 7, 2014

Duhai hati...
Sakitkah kamu...Peritkah kamu
Jika tak mengapa mengalir air di mataku

Duhai hati...
Mengapa terlalu banyak yang kau pendam
Hingga otakku tak perasan yang kau terasa

Duhai hati...
Demi sayangmu pada semua
Kau sorokkan kemesraanmu
Sukar kau zahirkan kasihmu
Hingga tak siapa sedar atau endah hadirmu
Hanya Allah yang tahu

Monday, June 30, 2014

Promosi Sepanjang Ramadhan

Salam semua bloggers. CAKURA BOUTIQUE ada open promosi inner berdagu sepanjang Ramadhan.


Friday, June 20, 2014

Shawl Halfmoon Terbaru dari CAKURA BOUTIQUE

Assalamu'alaikum.

Cakura Boutique perkenalkan lagi produk baru kami, Shawl Halfmoon Orang Carmine dan Coral Maroon

Custom made khas untuk peminat shawl halfmoon dan shawl labuh.

Details:
1. Shawl bentuk halfmoon
2. Two layer (tidak jarang). Boleh juga dipakai bersama inner untuk pemakaian yang lebih kemas.
3. Double sided (boleh dipakai depan belakang)
4. Material chiffon georgette
5. Panjang 1.9meter, Lebar 0.9meter


 
Anda boleh SMS/WA 011-12734355 jika berminat.
 
 
 

Wednesday, June 18, 2014

Shawl Halfmoon di Cakura Boutique

Salam Lovelies!

Cakura ingin perkenalkan produk baru di Cakura Boutique, Shawl Halfmoon True Crimson.

Custom made khas untuk peminat shawl halfmoon dan shawl labuh.

Details:
1. Shawl bentuk halfmoon
2. Two layer (tidak jarang)
3. Double sided (boleh dipakai depan belakang)
4. Material chiffon georgette
5. Panjang 1.9meter, Lebar 0.9meter



Jika berminat boleh SMS/WA 011-12734355.

Hanya di Cakura Boutique.

Thursday, May 1, 2014

PROMO DI CAKURA BOUTIQUE

Untuk makluman manis bloggers Cakura Boutique ada promo sempena bulan Rejab ni dari 1 Mei hingga 10 Mei.

Mai mai order sementara offer. 011-12734355.

Friday, April 25, 2014

PRODUK-PRODUK DI CAKURA BOUTIQUE

SALAM SEMUA,

LAMA JUGA CAKURA TAK UPDATE BLOG NI.

KEBETULAN HARI NI SEMPAT DUDUK DEPAN PC, CAKURA NAK WAR-WARKAN PRODUK-PRODUK YG SEKARANG CAKURA PROMOTE.








 
 
BANYAK JUGA KAN. BOLEHLAH, SIKIT-SIKIT LAMA-LAMA JADI BUKIT ;-)
 
POSTER-POSTER NI PUN HUSBAND TOLONG BUATKAN, CAKURA EDIT AYAT JEK.
 
HARAPKAN CAKURA SORANG TAK DAN LA...HIHI...
 
APEPUN KALAU ADA YANG BERMINAT BOLEH GOOGLE http://cakuraboutique.blogspot.com/  ATAU KE FB CAKURA https://www.facebook.com/#!/CakuraBoutique
 
boleh juga sms/wa 011-12734355
 
 
 

Tuesday, March 25, 2014

Handsock Muslimah

Salam semua,

Cakura Boutique ada tambah produk baru, Handsock Muslimah. Boleh SMS/WA 011-12734355 kalau berminat ye.

Monday, March 24, 2014

Update Inner Neck Berdagu

Salam all bloggers. Cakura nak update available stock yang sekarang ada. Semua ready stock ye.





Semua gambar di atas kecuali yang berpalang merah available. Ada juga warna putih/white ye. Tapi Cakura tak dpt attach sebab takde gambar. Tapi boleh bayangkan la kan,hihi.

Kalau berminat boleh WA/SMS Cakura cepat-cepat 011-12734355. Capat-cepat tau, stock selalu habis sekelip mata je.

Monday, March 3, 2014

STOK TERBARU BULAN MAC

SALAM SEMUA!

Cakura nak update stok inner neck berdagu di Cakura Boutique untuk bulan Mac. Warna-warna yang available ialah:

1.Black
2. Deep Teal
3. Dark grey
4. Dark brown
5. Hot pink
6. Light pink
7. Purple belacan
8. Dark blue
9. Hot green
10. Pink belacan
11. Dark purple
12. Mustard
13. Army green
14. Merah bata
15. Lilac
16. Light grey
17. White
18. Milo
19. Oscar turquoise

Boleh SMS/WA 011-12734355 untuk sebarang order/pertanyaan.
Semua warna ada kecuali yang label sold out.

Lilac availbale

Light grey available


White available

Milo available

Friday, February 7, 2014

KENAPA PERLU KE KELAS ANTENATAL

Sepanjang pengalaman aku berumahtangga dan mempunyai anak (ceh...macam byk pengalaman je), rata-rata aku lihat rakan-rakan sekeliling ramai yang meringan-ringankan kelas antenatal. Ada yang dah masuk anak kedua pun masih tak tahu menatang 'antenatal class' tu. Maaf ye kalau terasa.

Bukan apa, Cakura cuma nak share ilmu dan pendapat saja. Yang mana baik boleh buat rujukan, ye dak? :-)

Kenapa perlu pergi ke Kelas Antenatal?
Untuk pasangan suami isteri:

  • Kerana dalam kelas ini anda akan diberitahu tentang prosedur medikal yang boleh anda pilih @ akan lalui, sekaligus mengelakkan sebarang kesan buruk ke atas diri anda dan anak.
  • Kerana anda dan pasangan akan merasa tenang dan lega dengan ilmu yang anda dapat menjelang saat bersalin nanti.
  • Kerana pasangan akan tahu untuk bekerjasama saat menjelang waktu bersalin (ingat bersalin juga melibatkan suami ye)
  • Kerana ia adalah pelaburan sekali seumur hidup

Untuk suami:

  • Kerana anda akan mendapat ilmu yang menjadikan anda MACHO dan seperti HERO kepada isteri sewaktu dia amat perlukan sokongan anda (ketika bersalin)
  •  Kerana anda akan tahu apa yang patut dibuat saat isteri mula sakit hendak bersalin hingga selepas bersalin.
  • Kerana anda mahu membantu isteri anda mengelakkan trauma bersalin.


Untuk isteri:

  • Kerana berasa tenang dan yakin akan bantu memudahkan proses bersalin, inshaAllah.
  • Kerana anda mahu belajar bagaimana merasakan keseluruhan proses bersalin sebagai suatu saat yang indah dan manis.
  • Kerana anda akan mendapat ilmu penjagaan kesihatan ketika hamil dan bersalin bagi memastikan kesihatan anda.
  • Kerana anda akan mendapat ilmu tentang penyusuan susu ibu.

Kesimpulannya, saat kelas tersebut banyak yang Cakura dapat. Seperti:
1. Stage proses sakit ketika hendak bersalin
2. Bius yang boleh kita ambil saat sakit bersalin.
3. Pilihan untuk bersalin cara lain, selain bersalin normal tanpa apa-apa bantuan.
4. Teknik pernafasan bagi mengurangkan rasa sakit
5. Teknik 'push' yang betul. (Penting ye, Cakura sendiri dengar dari katil labour room sebelah.  
    patient tu sampai tak nak push sebab tak tahan sakit.) Ada juga kawan-kawan yang salah cara push
    (boleh koyak teruk tau risikonya).
6. Teknik senaman Kegel (kemut). Sangat baik kerana dapat menguatkan otot vagina kita, sekaligus
    mengurangkan risiko koyakan.
7. Apa yang suami patut buat pada setiap stage bersalin, especially saat untuk 'push'. (Bagus sangat.
    Husband Cakura dah macam coach dalam labour room. Saat perlu push, dia kira 1-10 saat agar
    Cakura turut push pada masa yang sama). Ingatlah pada saat kita dalam kesakitan, hanya suara
    insan yang paling rapat dengan kita akan kita dengar ;-)
8. Checklist barang-barang keperluan untuk ke hospital.
9. Penyusuan susu ibu, breastpump yang sesuai, segala keperluan menyusu bayi.
10. Cara penjagaan sepanjang berpantang.

Banyak lagila, tak ter'list' dek Cakura.

Cakura dulu join kelas di Klinik Pakar Puan Annur Bandar Baru Bangi. Marvelous, puas hati. https://www.facebook.com/events/221344544718288/?hc_location=stream#!/HospitalPakarAnNur


Bagi sesiapa yang berminat nak join kelas dia, kena cepat-cepat booking sebab limited.

 
 
Kalau ada yang nak consult dengan pakar di sana boleh rujuk jadual mereka. Tapi buat appoinment dulu ye.


    Apa pun, tak rugi join kelas antenatal macam ni. Husband Cakura sendiri galakkan ibu-ibu di luar sana join. Dia kata si ibu akan lebih tenang, relax sebab dia dah tahu cara yang betul untuk bersalin.

    P/S: Suami mesti join tau, sebab anda akan menemani isteri saat dia bersalin.

     

Wednesday, February 5, 2014

UPDATE BLOG CAKURA BOUTIQUE

 
 
 
 
Salam semua rakan bloggers. Cakura Boutique ada update barang baru.
 
 
 
SHAWL PELANGI 3 TONE
 
 

TUDUNG SEKOLAH KANAK-KANAK
 
 

TELEKUNG KANAK-KANAK
 
 
 
Jemputla datang ye ;-)
 
 


Tuesday, January 21, 2014

INNER NECK BERDAGU

INNER TUDUNG/INNER NECK BERPENUTUP DAGU. BUATAN COTTON 100%, SELESA MUDAH DIPAKAI.
TIDAK MELEKAP DI DAHI, ELOK TERBENTUK DI MUKA.
BANYAK PILIHAN WARNA. PASTI PUAS HATI.
HARGA: RM24 (PER PCS)
PM/SMS/WA 011-12734355 TO ORDER
 



 

Thursday, January 16, 2014

Salam semua rakan bloggers,

Cakura Boutique ada update produk tudung untuk kanak-kanak dan remaja.

Tudung buatan kapas 100% selesa, awning lembut, tak panas dan senang dicuci.

Mehla jenguk blog kami.


Friday, January 18, 2013

SALAM SEMUA!

Cakura ada satu pengumuman. Di sini Cakura nak jemput semua jenguk2 online store Cakura. Takdelah hebat mana, tapi kotkawan2 ada yang berminat kan. Silalah ke page Cakura Boutique untuk tahu lebih lanjut.

Atau like page Cakura Boutique di Facebook, boleh juga. ;)

Jemputlah ke sana!

Tuesday, December 18, 2012

PRODUK MINYAK KELAPA DARA

Mencari Produk Minyak Kelapa Dara?
Cubalah Rangkaian Minyak Kelapa Dara TROPIKA!

TROPIKA VIRGIN COCONUT OIL (LAVENDER)



TROPIKA BABY HAIR AND BODY OIL LAVENDER (30ml)

HARGA: RM 20

TROPIKA BABY SOAP LAVENDER (50gm) (Tiada Stok)

HARGA: RM 13.90
 
 
RUAM LAMPIN,RUAM PANAS,RUAM SUSU,ECZEMA serta masalah alahan kulit bayi kini boleh dirawat dengan sempurna menggunakan produk Tropika Baby Hair & Body Oil

Dirumus sepenuhnya daripada Minyak Kelapa Dara (Virgin Coconut Oil),produk terbaik di dunia tanpa minyak mineral,bahan toksin,paraben atau steroid yang memudaratkan kesihatan bayi. Kaya dengan Vitamin E ,serta bersifat anti oksida,Tropika Baby Hair & Body Oil memelihara serta melindungi kulit bayi daripada serangan bakteria dan kulat.

Di datangkan dengan aroma Lavender yang bertindak sebagai anti-stress,ia berupaya merangsang serta menenangkan minda bayi .

  •  PRODUK 2in1 - MERAWAT MASALAH ALAHAN KULIT SERTA MELEBAT & MENYIHATKAN RAMBUT BAYI ANDA

  •  LOSYEN INI TIDAK MENGANDUNGI STEROID & BEBAS DARIPADA SEBARANG BAHAN KIMIA


****************************
CARA PENGGUNAAN 
****************************

Mandikan bayi anda dengan Tropika Baby Soap,kemudian sapu seluruh badan bayi dengan Tropika Baby Hair & Body Oil terutamanya di bahagian yang sensitif dengan alahan kulit.
 
 
* Komen Blogger (Cakura): Memang puas hati pakai, anak2 saya sering memakainya sebagai minyak rambut, rambut cantik lebat. Bila kulit gatal, saya sapukan dengan Minyak Tropika ni, esok mesti reda. Saya sendiri mengalami ekzema pada tangan, bila konsisten pakai  Minyak Tropika ni, Alhamdulillah kerengsangan kulit berkurang. Kami satu family guna, even husband pun kadang2 pakai pada rambut dia.



TROPIKA VIRGIN COCONUT OIL - PERISA BLACKCURRANT

 
 ISI KANDUNGAN : 85ml
HARGA: RM 29.90

******************************************************
KELEBIHAN VCO TROPIKA BLACKCURRANT FLAVOR 
*****************************************************
  • Membunuh bakteria yang menyebabkan kurap, athletes foot, ruam lampin bayi.
  • memberi sumber nutrisi untuk tenaga segera, meningkatkan tenaga dan stamina.
  • Meningkatkan kadar metabolisme pada seluruh set tubuh dan diserap terus sbg komponen tenaga dalam badan.
  • mengurangkan kadar kolestrol dan ia adalah alternatif terbaik berbanding minyak-minyak lain yang mengandungi kolestrol yang tinggi.
  • mengawal kencing manis, pankreas lebih efisien mengeluarkan insulin sementara sel bekerja lebih cekap mengambil gula darah dan keperluannya.
  • awet muda, anti oksida semulajadi di dalam minyak kelapa dara adalah penghambat pembentukan radikal bebas.
  • melebat dan mencantikkan rambut, menghilangkan kelemumur serta menguatkan akar rambut, sel rambut akan mendapat tenaga dan zat yang mencukupi untuk pertumbuhan yang maksima.
  • kulit menjadi lebih lembut, licin dan halus kerana minyak kelapa dara mempercepatkan proses penggantian sel - sel kulit yang mati dengan sel yang baru selain melindungi kulit dari sinaran ultraviolet.
  • merawat dan membantu menyembuh penyakit ekzema dan dermatitis. 
*BAGAIMANA NAK GUNA?
   - Hanya ambil satu sudu teh sehari seperti supplemen harian. Boleh juga dicampur ke dalam   
     minuman kegemaran anda (asalkan bukan kafein ye).


Nak Cuba? Boleh e-mail Cakura di farahismari@hotmail.com @ SMS ke 011-12734355.


Friday, January 27, 2012

Selamat Kembali

Foto kami sekeluarga ketika di Cameron Highlands


Inilah Nadhirah yg Comel


Haziqah dah besar kan..



Selamat kembali Untuk Diriku.

Pejam celik sudah setahun aku tak update blog ni. Welcome to myself. Dalam setahun ada orang kata ini masa yang pendek. Tapi dalam setahun ini begitu banyak perkara yang terjadi dalam hidupku.

Kini aku bergelar "Microbiologist" di sebuah syarikat swasta. Dah hampir setahun pun aku bekerja di situ. Dalam masa ni, aku dah dapat gaji increment, dan juga bonus. Alhamdulillah.

Dalam setahun ini juga aku sudah mendapat seorang lagi permata hati, Nur Nadhirah namanya. Tiap hari tak pernah lekang dari menyakat kakaknya, Haziqah.

Dalam setahun ini juga aku dapat mengenali hati budi jiran ku. Tak kusangka ada niat serong jiran terhadap keluargaku. Nasib baik baru-baru ni dia dan keluarganya pindah keluar. Itu pun sebab tak bayar sewa setengah tahun. Tak kisahlah, asalkan hidup aku kembali aman tanpa gangguan.

Suamiku? Masih sihat, dan makin sihat. Dari tegap, semakin gagah....gagah perutnya,hehe..

Apapun, dalam turun naik roda hidupku berputar dalam setahun ini. Banyak yang dapat aku pelajari dan perbaiki sekaligus untuk menjadi seorang insan yang lebih baik, InsyaAllah.



Wednesday, December 30, 2009

SELAMAT TAHUN BARU


Send this eCard !



Happy New Year Buat Saudara-mara, Teman-teman SKBK, SMKASL, KMJ, USIM, All Bloggers dan teman-teman RATUHATI.

HOPE THIS NEW YEAR BRINGS YOU

Hopes for a bright future
Affection and love
Peace for the heart
Prosperity that's unlimited
Year-round fun

Tuesday, December 29, 2009

Hari Lahir Suamiku

Ahad yang lepas, 27 Disember 2009, adalah hari lahir suamiku tersayang. Asalnya aku dah hampir terlupa tanggal 27 Disember tu ah hampir tiba. Tapi hubby sempat ingatkan 2 minggu sebelum tu,ahaha...
Nak dijadikan cerita, dari hari jumaat, 25 Disember, kami 3 beranak duduk bermalam kat umah abg uda di Sri Kembangan. Hubby dan Uda ada projek yang nak diusahakan bersama. Projek apa? Projek buat kolam landskap. Masih in process, insyaAllah kalau dah siap cakura bole tunjukkan gambar untuk di'promote'kan. Mana tau ada yang berminat, bolela oder kan ;)
Sabtu petang pulak, hubby ajak outing g Jusco Equine. Memang aku ada inform dia baju Ziqa dah banyak yang sendat. Sian aku tengok si kecik tu dah macam nangka kena balut..ekeke.....
Selesai shopping baju Ziqa. Tiba-tiba hubby pulak kata nak beli jam. Kebetulan ada offer jam tangan, apa lagi....hubby pun menyibukkan diri pilih yang mana berkenan. Dah dapat yang berkenan, dia pau aku....ahaha...takpela,aku kata jam tu sebagai hadiah besday dia. Senyum lebar dia, bila pakai asyik tunjuk-tunjuk tangan.....Dah macam Kartina Aziz dalam movie 'Anak Mami' pulak aku tengok. Dok nak tunjuk barang kemas je :P


Habis pau bini. Kiterang pun nak gerak balik, tapi hujan lebat yang amat kat luar. Terpaksalah kiterang tunggu hujan reda dulu. Sambil tunggu reda tu, sempatlah aku lari kejap pergi beli kek besday. Di fikiran, hubby dan Uda sekeluarga tak makan kek sangat. So aku beli yang kecik jela, asal dapat jamah sikit. Tup tup...malam tu Andak sekeluarga datang bermalam pulak....uhuhu...

sudahnye,kek yang cikonet tu dikongsi beramai-ramai. Sian semua, dapat makan sikit jek. Tahun depan Mak Usu beli yang besar k :D




Kepada abang, Moga di tahun yang baru ini kasih kita makin bertambah. Rumahtangga diberkati Illahi. Keluarga aman tenteram. Mmmuuaaahhh!



Tuesday, December 15, 2009

Pertunangan Saudara Kembarku

Lama tidak menyapa rakan2 blog.Kini ku kembali. Tanggal 12 Disember lepas, adalah hari pertunangan antara saudara kembarku Muhd.Farkhan dan temannya Nur Hafizah.Alhamdulillah majlis tu berjalan dengan lancar walaupun rombongan kami tiba lewat di rumah pihak perempuan. Biasela, kalau dah janji melayu,then nak bawak ramai orang,suruh awal pun akhirnya lambat jugak.
Sangkaan kami sekeluarga tak ramai yang nak ikut,last2 minute masuk 10 kereta jugak yang pergi. Kesian kat tuan rumah, sampai tak cukup makanan.dah la family kami jenis bantai makan,aku salah seorangnya,hikhik..ziqa pon join makan gak.ummi suap,nenek suap.baju yang cute pun jadi comot.
Apepun, moga jodoh mereka berdua berpanjangan.Cepat2lah kawen ye.
Ketibaan rombongan pihak lelaki
Abah Is sebagai wakil pihak lelaki....siap berpantun tu.
Upacara sarung cincin ;)
My future sis-in-law
Pasangan bersama mak dan abah
Kami juga tak nak ketinggalan
Opss!! Aku pulak yang bersanding,ehehe..
Hantaran Coklat buatanku sebagai sumbangan untuk twin-ku
Mmuuaaahhh!!