Wednesday, June 10, 2009

Alahai Anakku..

Hari demi hari genaplah umur Ziqa anakku 2 bulan. Tibalah masa untuk Check-up 2nd month. Semalam aku & hubby bawa Ziqa ke Klinik Kesihatan Bangi, Ziqa bakal disuntik DPT,Hib & IPV (Orang kata suntik 3 serangkai). Pertama kali ke sana kami sesat terpusing2 sekitar Bangi. Konon pernah study di Bangi, klinik tu pun tak tau kat mana.

Alhamdulillah Ziqa tak banyak kerenah sepanjang di klinik. Dia hanya tersenyum di pangkuan umminya. Bila ditimbang pun sempat tergelak. Berat Ziqa dah 5.85kg, huuuiiii....patutlah lenguh tangan ummi dukung Ziqa, semangat! Baby lain aku tengok meragam jek, ada si ibu yang tak sempat2 nak timbang anaknya coz meraung2 di zon Ukur dan Timbang. Semasa disuntik, Ziqa hanya beri jeritan yang tak sampai 5 saat pun.

Tiba di rumah aku n hubby terus berikan Ziqa ubat demam, itupunseparuh diluahnya balik. Alahai...ikut perangai ummi kecik2, susah makan ubat,huhu..Kemudian aku terus letak balm & tonyoh tempat suntik tadi. InsyaAllah boleh bantu ubat jalan & kurang risiko demam.

Hari ni Ziqa meragam, tak nyenyak tidur siangnya. Kadang2 menangis macam kesakitan....mungkin bisa2 badannya kesan suntik semalam. Aku tak sempat2 nak buat kerja rumah coz nak melayan ragam ZIqa, tenangnya hanya di bahu umminya. Mencoret di web pun separuh jalan kena bagi ubat penenang padanya (ubat penenang baby hanyalah susu ibunya,haha..). Masak pun aku dukung. Hari ni aku masak simple jek, ayam masak ungkep resepi orang jawa. Sesuai untuk orang berpantang juga.

Alahai Ziqa...sedih ummi tengok bila bisa badan Ziqa datang. Tapi Alhamdulillah, dalam tak sedap badan pun Ziqa masih mampu tersenyum padaku & borak2 lagi. Takpelah Ziqa, ummi ada teman ZIqa. Cepat2 baik ye sayang. Lusa kita balik kampung jumpa atuk nenek baru balk umrah,insyaAllah. If you feel down everyhere and everywhere, just call ummi and i'll be there for you Ziqa.


Ziqa si bulat mandi....santainya dia.

1 comments:

Anonymous said...

ingatkan cucuk DTAP yang cam mawar kena tu..