Sempena Hari Raya yang bakal menjelang tiba, kutitipkan secebis ucapan buat rakan dan keluarga semua.
Ramadhan penuh dugaan, manusia sering alpa hanya perdengar rungutan, begitulah rentak insan, perlu rakan memberi ingatan.
Terfikir ketupat lemang, sambal kacang buatan ibu turut terbayang, jangan hanya ingin puasa tapi tak sembahyang, tunaikan sentiasa sebelum nyawa melayang.
Si bapa kerja extra prepare duit raya, si ibu menghias rumah menyambut tamu tiba, menunaikan zakat perlu dijaga, moga berkat kita sekeluarga.
Hampir sebulan berpuasa, Ramadhan bakal berlalu, Syawal pula bakal menjelma, Andai ada tersalah kata, Atau terkasar laku, Ampunkanlah diriku seadanya.
Kita semua seperti keluarga, saudara serumpun juga seagama, moga anda selamat pulang ke desa, sampaikan salam pada keluarga.
Selamat Hari Raya ucapan dariku, Maaf zahir batin pinta wajibku, Moga persabatan kita tidakkan berlalu, Kekal di ingatan rindu selalu.
Ikhlas dariku, suamiku dan anakku...dengan ucapan...
SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI
MAAF ZAHIR DAN BATIN
0 comments:
Post a Comment